Perutusan Pengerusi BKPK 2014


Kata Aluan Daripada Pengerusi BKPK 2014

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera!

Selamat datang ke Blogspot Badan Kebajikan Pendidikan Khas (BKPK), Sekolah Taman Melawati 2(SKTM2). BKPK adalah suatu badan kebajikan yang diilhamkan oleh ibu bapa– ibu bapa anak-anak istimewa yang bersekolah di SKTM2 sebagai pecahan kecil daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) induk SKTM2.

Tujuan utama blogspot ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat terkini berkenaan aktiviti-aktiviti anak-anak Kelas Pendidikan Khas SKTM2 bersama-sama ibu bapa-ibu bapa khususnya serta masyarakat setempat amnya. Blogspot ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada masyarakat sekeliling akan kebolehan anak-anak istimewa ini agar mereka dapat diterima masyarakat dengan tangan terbuka.

Pendedahan melalui pengalaman amat diperlukan anak-anak ini sebagai satu cara pembelajaran supaya mereka dapat asimilasi dengan masyarakat luar. Dapat berdikari dan mungkin suatu hari nanti dapat bekerja untuk menampung perbelanjaan seharian sendiri adalah objektif utama ibu bapa-ibu bapa anak-anak ini.

Oleh yang demikian berbagai-bagai aktiviti telah dirancang sebagai persediaan untuk mencapai objektif tersebut.

Seandainya ada antara yang membaca blogspot ini ingin berkongsi pengalaman baru dengan anak-anak istimewa ini sila berhubung terus dengan saya sendiri di roslina_1971@yahoo.com.my ataupun dengan urusetia di mana-mana emel di bawah

Akhir kata terima kasih kerana meluangkan masa singgah membaca di blogspot kami. Mudah-mudahan semua usaha kita bersama iaitu ibu bapa, guru-guru serta masyarakat setempat diberkati dan dirahmati Maha Pencipta Sekalian Alam agar harapan, misi serta visi kita bersama akan tercapai.

Sekian, wassalam.

Roslina Abdul Rahman
Pengerusi
Badan Kebajikan Pendidikan Khas (BKPK)


SKTM2