TERAPI DALAM
PENDIDIKAN KHAS
Secara umumnya, topik
ini membicarakan kepada penggunaan terapi dalam Pendidikan Khas. Segala
pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi ini disampaikan kepada pelajar secara
teori dan amali. Selain itu, menumpukan kepada perancangan aktiviti terapi
fisio dan terapi cara kerja membentuk strategi pelaksanaan, dan
melatih kemahiran terapi muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, drama dan
kemahiran seni. Latihan kemahiran terapi ini dilaksanakan di dalam dan di luar
institut.
Objektif Terapi
1. Dapat mengenalpasti keperluan terapi untuk
perkembangan diri murid bermasalah pembelajaran secara
menyeluruh.
2. Untuk
melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian untuk murid
yang bermasalah.
Keperluan Terapi
1. Melatih
murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
2.
Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.
3.
Meransang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.
4.
Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid
bermasalah pembelajaran.
Definisi Terapi
Menurut kamus
perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah
menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan
mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Definisi terapi dalam
konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk
bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam
konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu
berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah
dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif,
emosi, sosial atau psikomotor.
Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam
terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih
tinggi.
Jenis-Jenis Terapi
Antara jenis-jenis
terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang bermasalah
pembelajaran ialah:
1. Terapi fisio
dan terapi cara kerja.
2. Terapi seni.
3. Terapi
berkuda.
4. Terapi pasir.
5. Terapi muzik
dan nyayian.
6. Pergerakan
kreatif dan drama.
7. Terapi Hidro
(Air)
8. Terapi alternatif
9. Terapi pertuturan
TERAPI FISIO
Terapi fisio dan
terapi cara kerja ialah salah satu cara yang dapat membantu murid pendidikan
khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan mengenai apa yang
dimaksudkan pergerakan kreatif dan drama tersebut.
Definisi
Fisio
Definisi terapi fisio atau
terapi fizikal berdasarkan kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan ke atas
ketidakupayaan pada seseorag individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan
kaedah seperti berikut:
1.
Mengurut.
2.
Manipulasi.
3.
Latihan teraputik
4.
Penyejukan dan pemanasan
5.
Terapi hidro.
6.
Ransangan menggunakan elektrik.
7.
Ransangan menggunakan cahaya.
6.2 Aktiviti
Fisio
Aktiviti fisio perlu
dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh diperolehi di pusat-pusat
perubatan. Namun demikian, terapi fisio yang mudah masih boleh dilaksanakan
berdasarkan masalah pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah:
1.
Mengurut.
1.
Merenyuk.
2.
Mencubit.
3.
Menguli.
4.
Mengoyak.
5.
Menggentel.
6.
Menggunting.
7.
Mencabut.
8.
Menggenggam.
9.
Menggaru.
1.
Memicit.
Latihan yang
berpusatkan psikomotor kasar:
1.
Melambung.
2.
Membaling.
3.
Menyambut.
4.
Menolak.
5.
Menarik
6.
Melompat.
7.
Menendang.
8.
Memukul.
9.
Berlari.
1.
Berjalan.
Latihan
imbangan:
1.
Berdiri di atas kerusi.
2.
Berjalan di atas tali
3.
Membawa buku di atas kepala
4.
Membawa bola ping pong dengan sudu.
5.
Berdiri sebelah kaki.
Latihan
kordinasi
1.
Melambung dan menyambung bola berbagai saiz
2.
Memasukkan jarum ke dalam lubang manik.
Rawatan
kebiasaan yang ditawarkan
1. Terapi senaman.
2. Perawatan
elektrofizikal.
3. Shortwave
diactomy, Interferrential therapy, TENS, Ultrasounds, Hot packs dan
lain-lain.
4. Teknik-teknik khas
contoh; mobilisasi sendi.
Terapi Cara Kerja
Aktiviti cara kerja
perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja.
Peralatan untuk menjalankan aktivti terapi cara kerja hanya boleh didapati di
pusat-pusat perubatan dan pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun begitu,
terapi cara kerja yang mudah boleh juga dilakukan dengan murid yang bermasalah
pembelajaran di sekolah. Antaranya:
1.
Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran hidup.
2.
Latihan pravokasional
3.
Latihan aktiviti membuka dan memasang alatan.
4.
Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif
TERAPI SENI
Lukisan bukan sahaja
memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu meluahkan perasaannya. Justeru itu
seni lukis sudah lama diiktiraf sabagai salah satu daripada jenis terapi
membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik.
Definisi Seni
Seni membawa maksud
yang terlalu global kerana setiap individu menjalani kehidupan dengan
pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari,
seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen, dan lain-lain.
Kepentingan
Seni
1. Sebagai
pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan.
2. Sebagai
pengalaman yang berlaku sepanjang hari.
3. Sebagai
engalaman universal.
Komponen Pendidikan
Seni
a) Seni Visual
-
melukis
-
membuat rekaan dan corak
-
membuat binaan
-
menghasilkan kraftangan
Objektif :
- mengembangkan bakat
dan kreativiti
- menunjukkan
kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar
- menilai keindahan
alam dan warisan budaya
- Mengenal,
membezakan, dan menggunakan warna yang betul
- menghasilkan karya
seni yang kreatif
- memberi peluang ke
arah pengembangan diri pelajar / kerjaya
Objektif Melukis :
-
melakukan kemahiran motor kasar ( melalui aktiviti contengan)
-
mengawal pergerakan motor halus ( lakar, tekap, gunting dsb)
-
pergerakan motor halus bebas ( koyak, ramas, uli, gentel, gunting dsb)
-
menguasai kemahiran melukis ( lukis tanpa alatan di atas meja, udara, pasir)
-
menggunakan alatan seni lukis (mengenal dengan melihat, memegang, menama dsb /
mengetahui fungsi alatan / membuat lukisan dengan alatan/ mengetahui dan
mengubnakan unsur seni / penggunaan pelbagai media dan teknik. )
b) Muzik, Gerakan dan
Drama
-
melibatkan seni persembahan iaitu nayanyian, permainan alat muzik, pergerakan
dan drama
Objektif:
-
mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan drama
-
mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan
-
berkemahiran menggunakan alat muzik
-
melakukan gerakan mengikut rentak lagu
-
mengenal lagu berdasarkan melodi
-
mengawal koordinasi anggota anggota badan
-
melakonkan dan menghayati berbagai watak
-
mengawal dan mengamalkan tingkah laku yang baik
-
membina kemahiran sosial dengan rakan dan orang keliling
Peranan, faktor dan
pertimbangan guru dalam mengendalikan pendidikan kesenian.
-
bersikap positif terhadap seni
-
berpengetahuan dan berkemahiran
-
kreatif
-
bepengetahuan tentang psikologi kanak-kanak
-
berpengetahuan tentang teori pembelajaran
-
menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif
-
memastikan peralatan dan bahan yang mencukupi
-
memastikan murid merasa selamat dan diterima
-
membentuk dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kerjasama dan perkongsian
-
menadakan peluang untuk interaksi antara murid
-
mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresi
RASIONAL
PENDIDIKAN KESENIAAN UNTUK KANAK-KANAK KHAS
1.
Kanak-kanak khas dilahirkan sebagai insan seni, ada potensi,
Howard Gardner(1983)
2.
Mereka berhak menerima PSV – diberi peluang
3.
PSV sebagai alat yang digunakan utk perkembangan diri
4.
Sebagai alat utk capai FPK
5.
membantu memudah cara / menggalakkan menyampaikan kehendak.
Dalam kumpulan normal mungkin tak boleh. Tapi dalam kumpulan yang sama mungkin
dia boleh melalui aktiviti seni yang melibatkan kerjasama, keyakinan dsb.
6.
membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran ekpresi dalam
keadaan normal. Co. Knk bermasalah pertuturan akan ekpreskan keinginan,
kehendak, keseronokan, tenaga, emosi mereka melalui seni. Mereka tak malu
Pengajaran dan
Pembelajaran Seni
1.
Bidang Pengurusan Kehidupan
-
komponen pengurusan diri
-
komponen kemahiran manipulatif
-
komponen pengurusan tingkah laku
-
komponen kemahiran hidup
1.
Bidang Akademik berfungsi
-
komponen Bahasa Melayu
-
komponen Matematik
-
komponen Bahasa Inggeris
-
Komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1.
Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni
-
komponen Pendidikan Agama Islam
-
Komponen Pendidikan Moral
1.
Bidang Riadah dan Kreativiti
-
Komponen Pendidikan Jasmani
-
Komponen Pendidikan Seni
-
Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
-
Komponen Pendidikan sains, Sosial dan Alam Sekitar
Fungsi Seni
Dalam Pendidikan
1. Alat membantu
perkembangan kanak-kanak.
2. Menggalakkan
perkembangan fizikal, mental, estatik.
3. Menyumbang
kepuasan diri.
4. Meningkatkan
imaginasi kreatif.
5. Menyelesaikan
masalah
6. Menekankan
pemikiran yang asli, pelaksanaan, dan penilaian.
7. Menyumbang
kepada perkembangan personaliti.
Definisi Terapi
Seni
Menurut Waller dan
Gilroy (1992), terapi seni didefinisikan sebagai
”a form of therapy in which the making of visual images in the presence of a
qualified art therapist contributes toward externalization of thoughts and
feelings which may otherwise remain unexpressed. The images may have a
diagnostic as well as a therapeutic function in that they provide the patient
and the therapist with a visible record of the session and give indicators for
further treatment”.
Teknik Seni
Visual
1. Lukisan
2. Kolaj
3. Mozek
4.
Gurisan
5. Anyaman
6. Capan
7. Cetakan
8. Tiupan
9. Jahitan
10. Papier Mache
11. Model
12. Origami
13. Catan
14. Tekapan
Kefahaman
Kemahiran Seni Visual Kepada Murid-Murid
Guru boleh memberi
kefahaman murid melalui cara:
1. Tunjuk ajar.
2. Lawatan.
3. Simulasi
4. Membuat
sendiri.
5.
Contoh-contoh.
6. Perbincangan.
7. Menonton
video.
8. Penggunaan ICT.
Masalah Yang Dihadapi
Oleh Murid Bermasalah Pembelajaran Seni Visual
Antara masalah-masalah
tersebut ialah:
1.
Pengamatan
2. Kordinasi
motor kasar dan motor halus.
3. Komunikasi.
4. Sosialisasi
5. Imaginasi
6. Pemahaman
konsep
Kepentingan Seni
Visual Kepada Murid
Antara kepentingan-kepentingan
tersebut ialah:
1. Meningkatkan
keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar.
2. Meluahkan
perasaan.
3. Menikmati
keseronokan menjalani aktiviti.
4. Menguatkan
daya imaginasi.
5. Menguatkan
motor kasar dan motor halus.
6. Memperkembangkan
bakat.
7. Menghayati
nilai seni.
TERAPI
ALTERNATIF
TERAPI HAIWAN BERKUDA
Olahraga berkuda
ternyata memiliki manfaat untuk metode penyembuhan bagi berbagai masalah anak.
Mulai dari masalah psikologis, mental, emosional, lemah fizik, kemampuan
berbahasa dan berbicara, bahkan autisme.
1 Definisi
Terapi Berkuda
Menurut Lisa McCallum,
terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centre dan South African
Riding for the Disabled Association (Sarda): "Menunggang kuda adalah satu
kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakan orang, tetapi bagi anak-anak yang
memiliki keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh dijadikan sebagai salah
satu cara penyembuhan”.
2 Kelebihan
Terapi Berkuda
Setiap tahun, banyak
orang merasakan manfaat dari terapi menunggang kuda dan jumlahnya terus
meningkat. Menurut McCallum, terapi berkuda tersebut memiliki tiga manfaat
utama, iaitu olahraga, pendidikan dan pengubatan. Ketiga-tiga hal ini sangat
diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak.
McCallum menjelaskan
terapi biasa tidak berhasil kerana anak sudah antipasti terlebih dahulu
terhadap kegiatan terapi. Sedangkan aktiviti berkuda, anak-anak memandangnya
sebagai kegiatan bermain yang menyenangkan sehingga mereka menjadi lebih rileks
menjalaninya.
Berkuda boleh
memotivasi anak yang memiliki masalah mental dan emosional, serta kendala dalam
belajar. Kegiatan ini membantu mereka berkonsentrasi, sabar, dan disiplin
tinggi. Aktiviti berkuda ini membolehkan wujudnya kerjasama antara kuda dan
penunggangnya. Saat belajar berkuda, akan tercipta ikatan emosi anak dengan
kuda yang dinaikinya.
Menurut McCallum lagi
hubungan unik antara kuda dengan pengendaranya membantu mengatasi ketakutan.
Justeru, akan tumbuh rasa saling percaya antara anak dengan kuda, hal inilah
yang menjadi terapi emosi mereka. Untuk anak yang mengalami kecacatan
fizik, misalnya kaki lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan
yang selama ini tidak boleh mereka dapatkan saat berada di atas kursi roda.
Duduk di atas kuda
juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. "Saat
menunggang kuda, otot-otot pada selangkangan anak akan merasakan sensasi
seperti saat berjalan kaki. Hal itu akan mengaktifkan otot-otot kaki sehingga
perlahan-lahan si anak akan boleh berjalan," kata McCallum.
TERAPI PASIR
Terapi Sandplay adalah
satu bentuk psikoterapi cuba-cubaan untuk membentuk satu hubungan dengan jiwa
ke satu penyembuhan. Pengasasnya adalah ahli terapi orang Switzerland Dora M.
KALFF (1904-1990), yang berpangkalan teori-teorinya pada prinsip-prinsip
psikologi Jungian dan pada kerja Margaret Lowenfeld.
1 Definisi
Terapi Sandplay adalah
satu sasaran proses untuk memudahkan penyembuhan emosional dan perkembangan
peribadi pelanggan-pelanggan. Sandplay boleh ditambah melalui penggunaan
terapi-terapi lain seperti dreamwork atau psikoterapi. Satu proses pusat adalah
pelanggan itu adalah diberi peluang bagi memilih daripada satu kepelbagaian
benda-benda dan angka-angka dengan satu gol mewakili dunia dalaman mereka. Tindakan-tindakan
itu dan keputusan-keputusan sandplay adalah kemudiannya ditafsir secara
simbolik oleh pelanggan. Proses interpretasi itu dibantu oleh ahli
terapi.
Menurut Bradway dan McCoard (1997), kanak-kanak yang dipanggil Kathy yang datang
untuk terapi kerana mengalami masalah-masalah kebimbangan, kegagalan dan
kemarahannya yang telah membina sejak bertahun-tahun. Dia takut menyatakan
kemarahannya dan lazimnya diletakkan dipagari dalam dulang pasir itu. Dengan
meletakkan kelilingnya binatang-binatang hutan, dia berupaya menghayati satu
kemampuan melakukan sesuatu kira-kira mengawal binatang-binatang ini dan, dia
bermain meriam iaitu alat permainan dalam dulang pasir dan terus memainkan
perasaan positif terhadap saya. Dia telah tanam badan kami istana pasir bersama
dalam dulang tersebut.
2 Cara Terapi Pasir
1. Menanam
badan.
2. Membina
istana pasir.
3. Bermain
ting-ting dalam pasir.
4. Genggam
pasir.
5. Buka selipar
dan cecahkan kaki pelajar dalam pasir.
3 Tempat-Tempat
Yang Sesuai
1. Di kawasan
lapang.
2. Di tepi
pantai.
3. Dalam bekas
berisi pasir.
TERAPI MUZIK
Muzik adalah satu
getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap
berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya
getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita,
muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Definisi Terapi
Muzik
Menurut The American
Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik bermaksud
”a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on
assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and
weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing
music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be
used by specially trained personnel to influence positive changes in an
individual’s condition, skills, thoughts, feelings or behaviours”.
“Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku
ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan
ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi
seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).
Jenis Peralatan Muzik
Antara jenis-jenis
peralatan muzik ini ialah:
1 Muzik Tradisional
Dipalu
-loceng, gong, kompang.
Digesek
-rebab, gambus, oud, kecapi.
Ditiup
-serunai, seruling,nafiri.
Digoncang
-angklung.
2 Muzik Barat
Perkusi tidak berpic
-loceng, tamborin, kerincing, dram bess.
Tiup dan bras
-rekoder,
trompet, seksofon.
Bertali
-gitar, piano, biola, kecapi berkaki.
3 Langkah-langkah
Bermain Peralatan Muzik
1.
Memperkenalkan alat muzik.
2.
Demonstrasi
3.
Warming up.
4.
Teknik bermain dengan betul.
5.
Postur badan yang betul
6.
Menyembunyikan corak/pola ritma.
7.
Memainkan pola/corak ritma.
8.
Bermain ikut giliran.
9.
Membuat gerakan yang sesuai.
. . Bermain secara keseluruhan.
. . Bermain secara keseluruhan.
Muzik Sebagai
Satu Cara Rawatan
1.
Muzik melibatkan tingkah-laku manusia yang universal.
2.
Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal.
3.
Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia.
4.
Muzik memberi interaksi antara sesama individu.
5.
Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara
verbal.
6.
Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman kreatif.
7.
Muzik merupakan sumber epada keseronokan.
8.
Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan
dalam budaya, biologikal dan
neurogikal.
Kebaikan Terapi Muzik
Kebaikan terapi
muzik dalam beberapa bahagian iaitu:
1. Murid
Terencat Akal
1. Meningkatkan
kemahiran berkmunikasi.
2. Meningkatkan
kemahiran akademik.
3. Meningkatkan
kemahiran psikomotor.
4. Meningkatkan
kemahiran bersosial dan emosi.
5. Meningkatkan
kemahiran hidup berdikari.
6. Meningkatkan
kemahiran berseronok.
2 Murid
Bermasalah Pembelajaran
1. Meningkatkan
kemahiran kawalan tingkah-laku.
2. Meningkatkan kemahiran
penglihatan dan pendengaran.
3. Meningkatkan
kemahiran akedemik
4. Meningkatkan
kemahiran berkomunikasi.
5. Meningkatkan
kemahiran bermuzik.
6. Meningkatkan
kemahiran berseronok.
3 Murid
Bermasalah Kesihatan
1. Intervensi
dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan.
2. Intervensi
mempunyai pengaruh positif pada otot.
3. Intervensi
menguatkan otot.
4. Intervensi
mengawal pergerakan fizikal.
5. Menyediakan
pengalaman berkomunikasi.
6. Meningkatkan
penghargaan diri.
7. Sebagai
peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial.
4 Murid
Bermasalah Komunikasi
1. Meningkatkan
kemahiran pernafasan.
2. Meningkatkan
kemahiran reseptif dan ekspresif.
3. Meningkatkan
kemahiran artikulasi.
4. Meningkatkan
kemahiran kelancaran pertuturan.
5. Meningkatkan
kemahiran pembetulan suara.
6. Memulihkan
pertuturan dan bahasa individu afasia.
7. Meningkatkan
keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.
5 Murid Autistik
1. Menghasilkan
komunikasi.
2. Meningkatkan
kemahiran pertuturan dan bahasa.
3. Meningkatkan
kemahiran interaksi sosial.
4. Meningkatkan
kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi.
5. Meningkatkan
kemahiran kognitif.
6 Nyanyian Lagu Kanak-Kanak
Nyayian lagu
kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian
tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak
adalah mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.
Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai
cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat
menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik boleh
menolong melahirkan proses tersebut. Gianna merasakan bahawa cara yang paling
baik untuk menolong Josh Clark (down syndrom) mengingati nama akhirnya
ialah melalui lagu yang disukainya iaitu “Twinkle, twinkle, twinkle little
star”. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut
dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah
dapat mengeja “Clark”. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin
ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama
akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.
PERGERAKAN KREATIF DAN
DRAMA
Pergerakan Kreatif Dan
Drama
Pergerakan kreatif dan drama ialah salah satu cara yang dapat membantu murid
pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan mengenai
apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan drama tersebut.
11.1 Definisi
Pergerakan Kreatif
Pergerakan kreatif
ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara
simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa
dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi
seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.
Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedaran dan fahaman
konsep-konsep pergerakan.
11.2 Tema
Pergerakan
Menurut Buku Panduan
Guru bertajuk Pergerakan Kreatif oleh kementerian Pendidikan
Malaysia (1997), pergerakan kreatif mempunyai 16 tema dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu:
1. Kesedaran
tubuh badan
2. Kesedaran
rintangan kepada beban dan masa
3. Kesedaran
ruang
4. Aliran beban
badan dalam ruang dan masa
5. Penyesuaian
terhadap kawan.
6. Penggunaan
tubuh badan sebagai alat.
7. Lapan lakuan
daya asas
8. Ritma-ritma
berkaitan dengan pekerjaan.
9. Bentuk-bentuk
pergerakan.
10. Gabungan lakuan
daya asas.
11. Orientasi ruang
12. Guna tubuh badan
untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
13. Penaikan dari
lantai.
14. Kesedaran
berkumpulan.
15. Formasi pergerakan
dalam kumpulan.
16. Kualiti-kualiti
ekspresif dalam pergerakan.
11.3 Definisi
Drama
Drama ialah sebuah
cerita atau paparan yang diterjemahkan dalam bentuk lakonan ke atas watak-watak
tertentu. Drama melibatkan lakonan berskrip, pergerakan tubuh badan dan
ekspresi mimik muka.
11.4 Pergerakan
Kreatif Dan Drama Dalam Pendidikan Khas
Memandangkan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran mempunyai
masalah dari segi imaginasi, pemahaman konsep, sosialisasi, kordinasi motor
kasar dan motor halus dan komunikasi, pegerakan kreatif dan drama perlu
diubahsuai kepada bentuk yang paing mudah.
Mereka boleh dilatih melakukan pergerakan kreatif dan lakonan watak-watak mudah
secara hafalan. Kandungan cerita dalam sebuah drama terdiri daripada unsur-unsur
yang mudah difahami seperti tema flora dan fauna serta keluarga.
TERAPI HIDRO
(AIR)
Pemilihan program
rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas adalah
bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani
aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program
yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid
diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling
dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.
Terapi hidro di lihat
sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan
halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air
didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan
sokongan selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang
secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya
sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat
diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang
lebih dalam. Secara tidak langsung ianya telah melatih membina keyakinan diri
murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya
dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan
seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan
otot-otot rangka.
12.1 Tujuan Terapi
Hidro
Aktiviti berenang
dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah
pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk
sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid
bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid
normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi
(Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid istimewa.
12.2
Konsep
Hidroterapi didapati
sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus
serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak
mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan
yang menghadkan pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama.
Oleh itu lebih banyak
pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat
dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya.
Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.
Walaubagaimanapun,
murid berkeperluan khas mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di
sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya
murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti
hidroterapi ini.
Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai
aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan
otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat
dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.
Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh
dilakukan oleh murid. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan
di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada
prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau
bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan
modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.
12.3 Kepentingan
Hidroterapi
Hidroterapi
merupakan suatu bidang
yang agak luas
bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih
keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada
keadaan yang lebih baik atau normal.
Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:
1. Menghilangkan tekanan.
2.Keupayaan
berkomunikasi.
3. Simulasi sistem
otak.
4. Bina keyakinan
diri.
5. Kreativiti.
6. Kawalan diri.
7. Latihan ‘Social
skill’.
8. Merangsang
pertuturan.
9. Melatih sikap
bekerjasama.
10. Meningkatkan
kesabaran.
11. Pengamatan.
12. Latihan koordinasi
badan dan anggota badan yang lain.
13. Latihan daya
kepimpinan.
14. Manipulasi tangan
dan jari-jemari.
15. Daya konsentrasi.
16. Pembentukan ‘body
image’.
17. Peningkatan ‘self-esteem.
12.4 Panduan
Keselamatan
Sebelum menjayakan
aktiviti renang untuk murid-murid berkeperluan khas ini, faktor yang paling
penting dan perlu diambil kira adalah faktor
keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam
sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid
tersebut.
i. Ketidakupayaan
Fizikal
Guru hendaklah berada
di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di
dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala
berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan
dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang
kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi
bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi
galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam
air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan
murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.
ii. Ketidakupayaan
Intelektual
Ketidakupayaan intelek
juga dialami di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang
diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah
ringkas dan tepat. Terdapat murid berkeperluan khas yang kurang persepsi
kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka
persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Harus diingat
bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang
sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.