JOM IFTAR RAMADAN!

Assalamualaikum...

Pada 12 Julai 2014 yang lalu, Badan Kebajikan Kelas Khas (BKKK) telah menganjurkan satu majlis kutipan dana melalui program JOM IFTAR RAMADAN! buat kali pertama. Tujuan kutipan dana ini adalah untuk menampung pembinaan sebuah bilik snozelen. Bilik terapi ini sangat bermanfaat terutamanya kepada murid khas yang mengalami masalah tingkahlaku dan sebagainya. 

Terima kasih kepada Astro Awani, Harian Metro, Novotel Hotel, Dan Dmm Tooling, Pelumba motor Malaysia Zaqhwan Zaidi, KKlub Melawati, Maybank dan juga orang perseorangan yang menyumbang secara langsung atau sebaliknya.