Persatuan Autisme Muslim Malaysia

Persatuan Autisme Muslim Malaysia atau dikenali juga sebagai Autisme Malaysia  telah ditubuhkan secara rasminya pada 19 Julai 2012. Secara amnya penubuhan adalah atas kesedaran untuk membela nasib komuniti autisme dan memberi sokongan kepada ibu bapa dan penjaga dalam mendidik dan membesarkan anak-anak autisme. Uniknya ialah persatuan ini dikendalikan sepenuhnya oleh ibu bapa yang mempunyai anak autisme. 

Walaupun Persatuan menggunakan nama ‘muslim’, sahabat yang bukan beragama Islam masih boleh menyertai persatuan dengan menjadi ahli bersekutu dan menyertai apa-apa aktiviti serta menikmati faedah sebagai ahli. 

Objektif

1. Berkongsi maklumat dan memberi pendedahan tentang autisme kepada semua golongan masyarakat di malaysia khususnya buat komuniti muslim.

2. Memperjuangkan hak-hak anak autisme muslim dan bukan muslim di malaysia.

3. Memperkasa pengetahuan ibu bapa/penjaga muslim yang mempunyai anakanak autisme melalui pendidikan formal dan separa formal melalui seminar, bengkel dan sebagainya.

4. Memberi bantuan sumber, sokongan moral dan menjadi entiti yang memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak autisme, individu autisme serta mana-mana organisasi yang mempunyai kaitan dengan ibu bapa/penjaga atau individu autisme.

5. Menjalinkan kolaborasi pintar dengan institusi penyelidikan, badan kerajaan atau mana-mana organisasi yang berminat untuk bersama membangunkan aspek pendidikan, perubatan dan kebajikan anak autisme.

6. Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk menjana, menerima dan mengumpul sumber bagi mencapai matlamat persatuan.