Dari kiri Daniel Raiyan, Niyaz dan Imran dari Kelas PK Iltizam
Terdapat 12 anak kapal dalam pesawat itu di samping 152 dan seorang bayi warganegara China, Malaysia (38), Indonesia (12), Australia (7) dan Perancis (3).
Pesawat itu dikendalikan Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan, Fariq Ab. Hamid, 27.
Zaharie mempunyai pengalaman sebanyak 18, 365 jam penerbangan dan telah berkhidmat sejak tahun 1981 manakala Fariq mula berkhidmat sejak 2007 dan memiliki jumlah jam penerbangan 2,763.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan kali terakhir pesawat itu berkomunikasi dengan menara kawalan pada pukul 1.30 pagi dan dikesan pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur.
Reuters memetik laporan agensi berita Xinhua berkata hubungan radar dengan pesawat tersebut dikesan hilang ketika di ruang udara dikawal Vietnam.
Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara China dan tidak melakukan sebarang komunikasi dengan pihak kawalan udara.
Atas keprihatinan guru-guru PPKI SKTM2 terhadap isu semasa, satu aktiviti mewarna telah dijalankan. Hasil mewarna tersebut telah dipamerkan di kawasan pejalan kaki lima sekolah.